Hackers posting SEXUAL CONTENT on my walls!

Apa perlu buat ni. Saya tiba-tiba jadi risau.
Pagi ini saya dimaklumkan oleh seorang sahabat yang saya kira sangat-sangat prihatin. Dia memaklumkan bahawa keluar web lucah di wall saya. Saya kemudiannya cepat-cepat check pada wall saya namun saya dapati tidak terdapat apa-apa web lucah.

Kemudian saya dimaklumkan bahawa hackers ini buat kita sendiri (pemilik wall) tak dapat melihat posting ‘tersebut’, tetapi rakan-rakan dan kenalan sahaja yang dapat melihat. Ya Allah, saya teraniaya.

Pada awalnya saya mengaku saya agak marah dengan pihak yang tidak bertanggungjawab (hackers), namun saya kemudian cepat-cepat bawa bertenang. Hati kecil saya berkata, “Allah sudah mentakdirkan (menentukan)sesuatu yang dikehendaki.”

Saya benar-benar mahu menyerahkan kembali apa yang telah berlaku ini kepada pemilik langit dan bumi iaitu Allah yang Maha Agung. Kerana saya mengaku saya tak pandai bab-bab virus ini. Dalam hati saya hanya ada Allah yang dapat membantu.

“Cukuplah bagi kami pertolongan Allah dan Allah sebaik-baik penolong.”

Tanpa berlengah saya lantas mengambil wuduk dan solat sunat 2 rakaat. Selesai solat hati kembali tenang. Selesai solat, saya berdoa dengan linangan air mata. Doa itu senjata mukmin.
Maka saya banyakkan berdoa:

“Ya Allah, lindungilah aku daripada kejahatan mereka dengan sesuatu yang Engkau kehendaki.”

“Ya Allah, Engkaulah Pembantuku dan Engkaulah Penolongku dan dengan pertolongan Engkau aku berperang”

“Ya Allah, sesungguhnya kami jadikan Engkau sebagai penghapus mereka dan kami berlindung denganMu daripada kejahatan mereka”

Kemudian seperti biasa saya ingin sekali mengamati Kalam Allah dengan apa yang telah menimpa saya. Saya mencapai tafsir Al Quran.

Saya mendapat surah Hud ayat 46-62. Kata-kata Allah itu buat saya menangis. Sungguh Allah Maha mendengar. Allah mendengar sehinggakan di sudut hati yang kecil ini pun Allah dengar. Allah menjawab luahan hati saya.

Sebenarnya selesai solat tadi saya meluahkan sesuatu kepada Allah tentang HACKERS yang semakin berleluasa ini. Kisah- Kisah Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Soleh itu penuh dengan pengajaran.

Terasa panjang untuk saya huraikan di sini. Saya berhasrat untuk menghuraikannya di dalam buku sulung saya. Mungkin buku tempat terbaik untuk saya menghuraikannya.

Terima kasih Allah di atas kata-kata yang penuh bermakna buat saya dalam mengharungi pancaroba hidup ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *